Posts

Tempahan Februari dan Mac Kini Dibuka

Image
Bagi yang berhasrat nak menginap di Aqil Homestay, boleh la membuat tempahan dengan segera. Siapa cepat, dia dapat. Musim cuti sekolah nanti, rasanya berlumba-lumba orang buat kenduri dan mencari homestay. Betul tak.. Huhu.. 🔑📆Sebarang pertanyaan/tempahan homestay, boleh hubungi/whatsapp : 📱Pn Azma : wasap.my/+60194491476/AqilHomestay 📱En Ashraff: wasap.my/+60135321789/AqilHomestay

"Sangat Puas Hati"

Image
Alhamdu Lillah. Aqil Homestay menerima komen yang sangat positif dari guest yang menginap selama 2 hari 1 malam. Terima kasih atas komen dan doa untuk Aqil Homestay. Moga pihak homestay sentiasa dapat memberi khidmat yang terbaik untuk semua guest. Amin Insya Allah. Jom booking dan menginap di Aqil Homestau sebagai tempat rehat yang selesa buat anda sekeluarga.. 🔑📆Sebarang pertanyaan/tempahan homestay, boleh hubungi/whatsapp : 📱Pn Azma : 0194491476/AqilHomestay 📱En Ashraff: 0135321789/AqilHomestay

Diskaun 17% pada 17 Feb 2022

Image
Assalamualaikum... Hari ni 17 Jan 22 bermula operasi sepenuhnya di Aqil Homestay. Sempena Birthday Aqil pada 17 Feb 22 nanti, Aqil Homestay nak bagi diskaun kepada guest yang check in pada tarikh tersebut. Doakan khidmat Aqil Homestay terus maju jaya dan dapat memuaskan hati guest yang stay di Aqil Homestay. Amin Ya Rabbal Alamin... Terima Kasih kepada semua yang support Aqil Homestay. 💞

Lokasi Homestay yang strategik

Image
Aqil Homestay terletak berhampiran Lebuh Raya Timur Barat dari Gerik hingga ke Terengganu. Lokasi yang mudah di cari dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan lain. Dari homestay ke : 🏣🏥🏨 𝐼𝑛𝑠𝑡𝑖𝑡𝑢𝑠𝑖 🚗 UiTM Machang : 11.0 km 🚗 Pusat Pemulihan Akhlak : 1.1 km 🚗 Politeknik Kota Bahru : 22.0 km  🚗 Kolej Matrikulasi Kelantan : 26.0 km 🚗 Kem Desa Pahlawan : 19.0 km 🚗 Sek Men Sains Machang : 9.9 km 🚗 Kolej Komuniti Kok Lanas : 20 km 🚗 Kolej Vokasional Tanah Merah : 5.4 km 🚗 Hospital Machang : 6.5 km ⛱️⛲🗻 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝑃𝑒𝑙𝑎𝑛𝑐𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 🚗 Jeram Linang : 24.0 km 🚗 Jeram Mengaji : 21.0 km 🚗 Kolam Air Panas Tok Bok : 13.0 km 🚗 Hutan Lipur Bukit Bakar: 15.0 km 🥟🍝🍜 𝑅𝑒𝑠𝑡𝑜𝑟𝑒𝑛/ 𝐾𝑒𝑑𝑎𝑖 🚗 Restoren Sri Ayu : 1.4 km 🚗 Kak Mah Sate : 2.5 km 🚗 Akok Cikgu : 5.6 km 🚗 Murtabak Pok Dee : 3.8 km 🚗 Mee Celup Telur Gedik : 9.5 km 🚗 Pasar Borong Wakaf Bata : 1.0 km 🚗 KFC Machang: 6.0 km 🚗 Pasaraya Econjaya Machang : 5.4 km 🚗 Pasar Machang : 5.9 km 🏪💸 𝑆𝑡𝑒𝑠?...

Kemudahan di Aqil Homestay seperti di rumah sendiri

Image
🏠 Rumah Teres Setingkat Kemudahan yg disediakan : 🌼 3 bilik tidur & 2 bilik air        🛌Bilik 1- katil queen          🛌Bilik 2- katil queen        🛌Bilik 3- 2 katil single  🌼 1 aircond di bilik 1 🌼 2 toto ekstra 🌼 2 bantal ekstra 🌼 2 tuala setiap bilik 🌼 Peti ais 🌼 Mesin basuh 🌼 Sabun basuh baju 🌼 Ampaian jemuran 🌼 Dapur, periuk nasi dan cerek air serta alatan memasak  🌼 Bahan memasak seperti minyak, garam, bawang, telur 🌼 Makanan seperti biskut 🌼 Teh dan gula 🌼 Mandian, syampu dan ubat gigi 🌼 Parking kereta 🌼 TV 🌼 Iron & Iron Board 🌼 Almari & Hanger 🌼 Sejadah & Telekong Solat 🌼 Water filter

Kadar Sewa Aqil Homestay

Image
Kadar sewa Aqil Homestay adalah RM180 semalaman. Sebarang pertanyaan dan tempahan homestay boleh hubungi no di bawah. Puan Azma: 0194491476 Encik Ashraff : 0135321789 Terima kasih kerana mengunjungi blog Aqil Homestay Machang. 🌼

Kemudahan Peti Ais Dan Mesin Basuh

Image
𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐢 𝐀𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐧 𝐁𝐚𝐬𝐮𝐡 Peti ais disediakan untuk tetamu menyimpan makanan. Peti ais terletak diruangan dapur dilengkapi dengan tray untuk membuat ice cube. Homestay juga menyediakan mesin basuh automatik 8kg dilengkapi dengan sabun basuh. Tetamu boleh membasuh pakaian jika menginap di homestay kami lebih lama. Mesin basuh ini terletak di ruangan dapur sebelah bilik air 2.  Tetamu diingatkan supaya alert untuk meletakkan wayar / hose air ke dalam lubang bilik air sebelum menggunakan mesin. Ruangan tempat menyidai baju disediakan di belakang ruangan dapur. Tetamu boleh keluar melalui pintu dapur untuk menyidai baju.  Kawasan menyidai baju ini terletak di bahagian belakang dapur yang berbumbung dan dikelilingi pagar berkunci.

Bekalan Air Tapis dan Bersih

Image
𝐀𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 Homestay kami menyediakan air tapisan yang bersih. Air tapisan dari luar rumah ditapis dan air untuk diminum juga ditapis.  Penapis air Vicasa dengan 7 lapisan penapis memberi air yang bersih tanpa karat dan bau. Tetamu boleh dapatkan air tapisan di ruangan penapis air di sebelah sinki.  Meskipun air tersebut bersih setelah ditapis, namun disarankan untuk memasak air dengan cerek yang disediakan untuk mendapatkan air yang lebih bersih dan suci. 💧👍

Dapur Dan Alatan Memasak

Image
𝐃𝐚𝐩𝐮𝐫 𝐥𝐮𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤  Ruangan dapur homestay yang luas memberi keselesaan kepada tetamu untuk memasak dan menjamu selera bersama keluarga. Dapur dilengkapi dengan meja makan dengan 6 kerusi. Terdapat 1 penutup saji untuk kegunaan tetamu menutup makanan. Selain itu, terdapat ruangan memasak yang dilengkapi dengan dapur gas, periuk, kuali, sudip dan alatan memasak lain.  Ruangan kabinet L dapur memberi ruang yang selesa kepada tetamu yang tinggal lebih lama untuk memasak. Pinggan,mangkuk, cawan, sudu garfu, sudu, pisau serta alatan lain juga disediakan. Bahan memasak asas yang disediakan adalah minyak, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit. Untuk minuman, kami sedikan teh dan gula. Alat eletrik yang terdapat diruangan dapur adalah periuk nasi elektrik, cerek air, peti ais dan mesin basuh automatik dengan muatan 8kg.

Bilik Air 2

Image
𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐢𝐫 2  Bilik air 2 terletak berhampiran dapur. Bilik air ini mempunyai tandas jenis cangkung dan dilengkapi dengan alatan mandian seperti syampu, sabun, ubat gigi dan handwash. Selipar,baldi dan cebok air juga disediakan. Bilik air ini tidak disediakan water heater. Mandi dengan air paip hujan yang sejuk lebih menyegarkan. Hehe.. 🤭 Coming soon akan dipasang water heater. Dont worry..😁